DBKL Tidak Pernah Lantik ‘Orang Tengah’ Urus Lesen

Kuala Lumpur – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak pernah melantik orang tengah untuk menguruskan lesen seperti yang di dakwa sesetengah pihak sebelum ini.

 

Menurutnya semua perniaga sepatutnya memohon terus dengan pihak DBKL bagi mengelakkan berlakunya penipuan.

 

“DBKL tidak mempunyai ‘runner’, semua perniga boleh memohon terus lesen kerana kita tidak pernah melantik orang tengah yang menguruskan.

 

“Kita juga tidak pernah memberi kebenaran kepada ‘runner’ untuk meminta wang dari peniaga kononnya mereka mewakili pegawai-pegawai tertentu dan mengenakan bayaran tertentu” katanya ketika sesi ” Town Hall” Parlimen Batu di Dewan Komuniti Batu Muda pagi tadi.

 

Menurut Tengku Adnan pihaknya turut mengenal kenal pasti premis yang menggunakan khidmat ‘orang tengah’  itu untuk mendapatkan lesen dan akhirnya didapati lesen itu tipu kerana tidak didaftarkan langsung dengan DBKL.

 

Dalam pada itu, beliau berkata DBKL memperkenalkan ‘lesen bersyarat’ tersebut sebagai usaha untuk memudahkan urusan pengeluaran lesen kepada pengusaha perniagaan selain meningkatkan penguatkuasaan terhadap premis mereka.

 

Katanya, pada masa ini lesen jenis itu hanya dikeluarkan untuk permohonan baharu perniagaan hotel bajet dan ia merupakan projek perintis DBKL sebelum lesen tersebut diperkenalkan untuk sektor peniagaan lain.

 

Katanya, lesen bersyarat merupakan lesen yang dikeluarkan untuk pengusaha yang telah mematuhi sebahagian sahaja syarat yang ditetapkan DBKL dan lesen penuh dikeluarkan untuk pengusaha yang telah mematuhi kesemua syarat.

 

“DBKL dengan persetujuan Datuk Bandar turut bersetuju untuk memberikan lesen kepada perniagaa dulu, dalam masa 6 bulan.

 

“Namun sekiranya para peniaga tersebut gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan DBKL baru tindakan akan diambil dengan menutup permis perniagaan itu.

 

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak turun ke Sogo untuk berdemo kerana ia merupakan tempat orang ramai untuk datang bersama keluarga bagi membeli belah.

 

“Saya sedia bagi Padang Merbok untuk pembangkang membuat demonstrasi, saya rasa mereka enggan disebabkan tidak ramai yang akan hadir.

 

“Tujuan mereka buat di Sogo hanya untuk merosakan imej negara” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.