Muhyiddin Terlepas Cakap Ajak Pengundi Semenyih Sokong BN

HULU LANGAT – Mungkin masih merindui kem pemerintahan terdahulu, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) tersasul dengan mengajak pengundi India menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Kejadian itu berlaku sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di hadapan lebih 300 hadirin pada Malam Kebudayaan di Pusat Daerah Mengundi Bandar Rinching di sini malam tadi.

Pada waktu itu, semua hadirin terdiam seketika sehingga Muhyiddin membetulkan percakapannya.

“Di peringkat negeri pun PH. Menteri Besar, Amirudin Shari. Sebelum itu kita kenal Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

“Jadi kalau pusat sudah Barisan…Pakatan Harapan, maaf. Kalau negeri juga adalah PH, terbaik sekali adalah pilih calon N24 Semenyih PH, saudara Muhammad Aiman Zainali,” katanya sewaktu berucap di sini malam tadi.

lain-Lain Berita Menarik;-

Mahathir Tersasul Lagi, Minta Hadirin Jangan Undi Pakatan Harapan

Menteri Terdiam Seketika Bila Ditanya Peluang PH Di Semenyih

Buat Laporan Polis, Peminjam AIM Dipaksa Undi PH Dalam PRK Semenyih

Video: Mahathir Buat Jenaka Tersasul Sebut Nabi Isa Ketika Nak Sebut Nama Isa Samad

Dr Mahathir Diminta Kosongkan Jawatan PM Selewat-Lewatnya Jun Ini?

Video: Manifesto Bukan Bible, Kata Dr Mahathir

Tambah Muhyiddin, BN juga tidak dapat melaksanakan manifesto sewaktu memerintah negara.

Ini berdasarkan pengalamannya yang pernah berada hampir 40 tahun dalam pemerintahan kerajaan BN.

“Saya dahulu di sebelah sana juga. Hampir 40 tahun di sebelah sana. Di sana, sewaktu BN mentadbir negara, orang tidak ada bincang soal manifesto, padahal banyak yang dijanjikan dalam manifesto tidak dapat dilaksanakan

“Saya ambil satu contoh, BN pernah kata kalau kita terpilih, kita akan bina satu juta rumah rakyat Malaysia. Saya kira, tak sampai 200,000 unit rumah terbina. Tidak ada sesiapa mempersoalkan mengenainya. Di sana, banyak janji yang tidak ditunaikan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, banyak perkara telah dilakukan PH di peringkat negeri Selangor termasuk inisiatif prihatin rakyat.

Katanya, pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kerajaan negeri tanpa mengira kaum, Melayu, Cina, India.

“Kita tidak kira kalau layak dan kalau miskin mereka akan dapat bantuan,” ujarnya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.