Minum Air Belum Dimasak, Lintah Ditemui Dalam Kerongkong

SEORANG lelaki yang mengadu gatal tekak dan batuk berdarah, terkejut apabila doktor menjumpai lintah dewasa dalam kerongkongnya setelah diperiksa.

Setelah dua bulan mengalami batuk berdarah, Li, 60 tahun, tekad untuk mencari seorang pakar di Hospital Perubatan Cina Tradisional Daerah Xingwen di bandar Yibin, China.

Selepas doktor melakukan prosedur endoskopi terhadap Li, dia menjumpai seekor lintah di dalam kerongkongnya.

Doktor kemudiannya menggunakan sedatif aerosol untuk menenangkan lintah tersebut dan kemudian menarik keluar lintah yang berukuran 10 cm itu dengan sepasang forsep.

Sebelum ini, Li berulang kali disalah diagnos dengan penyakit misteri, namun ia akhirnya terjawab selepas dia dirawat di hospital berkenaan.

Li yang menetap di luar bandar perbandaran Daba, dipercayai telah menelan telur lintah melalui pengambilan air yang belum dimasak.

Lintah tersebut kemudian menetas dan menetap di dalam kerongkong Li dengan menghisap darahnya selama dua bulan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.