Tiga Maut Van Bertembung Kereta Api Di Sabah

KOTA KINABALU – Tiga orang maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang bayi perempuan apabila van mereka bertembung dengan kereta api penumpang yang datang dari arah Kota Kinabalu menuju Beaufort petang Selasa.

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian berlaku di Kampung Memanjang, Beaufort dengan tiga mangsa maut di lokasi kejadian.

 

Ia berkata mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

 

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Sufiana Razali, Misah Maznun, Lamisah Maznun, Siti Nur Farhena Maznun serta seorang bayi berumur setahun lapan bulan iaitu Siti Nur Farhena Maznun.

 

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.57 petang. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.