Syarikat Malaysia-Arab Saudi Tandatangan MoU RM9.74b

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia dan Arab Saudi hari ini menandatangani tujuh memorandum persefahaman (MoU), bernilai RM9.74 bilion, dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan, kerjasama halal, aeroangkasa dan perkhidmatan haji.

 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, MoU berkenaan menunjukkan minat yang semakin meningkat daripada kedua-dua negara untuk memanfaatkan kekuatan bersama dalam mencapai matlamat perniagaan.

 

Sehubungan itu, katanya, Malaysia berminat meninjau peluang perniagaan yang dibentangkan dalam pelaksanaan Visi 2030 Arab Saudi.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.