Suami Sahkan Pelakon Ary Malik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Ary Malik disahkan telah meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.17 malam tadi, demikian menurut laporan Astro Awani yang memetik kenyataan dari suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46.

 

Allahyarham Ary sebelum ini berada dalam situasi kritikal dan tidak sedarkan diri selepas dimasukkan ke Hospital Ampang berikutan penyakit kanser ovari tahap empat.

 

Terdahulu petang tadi peminat dikejutkan dengan laporan Ary telah meninggal dunia bagaimanapun berita tersebut didapati tidak benar.

 

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 18 Februari lalu dalam keadaan lemah sebelum dilaporkan berada dalam koma diri sejak pertengahan minggu lepas.

 

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik, 46, mempunyai tiga orang anak hasil perkongsian dengan Shahrul.

 

Memetik laporan Sinar Online, Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zack Kool berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kem Wardieburn untuk disolatkan.

 

Jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.