Polis Nafi Waris Jong Nam Cam Mayat, Serah Sampel DNA

KUALA LUMPUR – Polis memaklumkan bahawa sehingga ini tiada anggota keluarga atau waris Kim Jong-nam yang tiba di Malaysia bagi membuat pengecaman mayat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur, di sini.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pada masa yang sama polis juga belum menerima apa-apa sampel DNA daripada ahli keluarga berhubung kes pembunuhan itu yang turut menarik minat media antarabangsa, lapor Bernama.

 

“Kami masih menunggu; manakala laporan media mendakwa waris telah tiba di Malaysia untuk berbuat demikian adalah tidak betul,” katanya.

 

Dua minggu lalu, Jong Nam dibunuh di KLIA2 dengan racun Agen Saraf VX.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.