Oscar 2017: Kemenangan Suicide Squad Buat Netizen Bingung

 

Suicide Squad dinobatkan pemenang kategori Solekan dan Dandanan Terbaik dalam Anugerah Akademi ke 89.

 
Anugerah Akademi, atau dikenali juga sebagai Oscar, baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.

 

Bukan sahaja kemenangan penuh kontroversi filem Moonlight menjadi sebutan netizen, tetapi kemenangan filem Suicide Squad juga membuat ramai yang bingung.

 

 

Biarpun merupakan antara filem kegemaran ramai, ia disifatkan ramai bukan Oscar material, dan kemenangannya mengejutkan ramai.

 

 

Suicide Squad dinobatkan pemenang kategori Solekan dan Dandanan Terbaik menerusi hasil kerja Christopher Allen Nelson, Giorgio Gregorini dan Alessandro Bertolazzi.

 
Pun begitu ramai juga yang melihat hasil kerja ketiga-tiga jurusolek itu punya kualiti tersendiri dan sangat layak untuk memenangi kategori berkenaan.

 

 

Untuk rekod, Suicide Squad hanya menerima 26 peratus undian dalam ulasan di laman web Rotten Tomatoes ketika ia mula ditayangkan.

 
Malah ia juga turut tercalon dalam Anugerah Razzie, yang memberi pengiktirafan kepada penerbitan filem-filem paling buruk sepanjang tahun.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.