Nikita Berniat Derma Darah Kepada Jupe

JAKARTA: Artis sensasi, Nikita Mirzani berhasrat menderma darah kepada ‘musuhnya’ Julia Perez, walaupun hubungan mereka masih bermasalah.

 

Nikita berkata, selepas mendapat tahu Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe mencari penderma darah A+, beliau terus berniat mahu membantu kerana memiliki darah jenis sama.

 

“Saya simaklumkan, dia (Jupe) mencari penderma darah A+ dan kebetulan darah saya jenis itu.

 

“Saya menghubungi pengurusnya dari Manila terus ke hospital sebaik pulang ke tanah air dan terus membuat pemeriksaan sebelum menderma.

 

“Sayangnya saya tidak boleh berbuat demikian kerana masih ada kesan alkohol dalam darah,” katanya kepada portal Detikhot semalam.

 

Walaupun tidak boleh menderma, Nikita tetap bercadang ingin melawat Jupe yang kini terlantar di hospital akibat kanser serviks.

 

“Saya akan melawatnya dalam masa terdekat dan percaya dia memerlukan sokongan semua,” ulasnya lagi.

 

Pergaduhan kedua-dua selebriti itu berpunca daripada insiden di sebuah pusat hiburan apabila Jupe mendakwa Nikita memukul pengurusnya. Kes berkenaan masih dalam siasatan malah kedua-dua pihak sudah dipanggil untuk memberi kenyataan masing-masing.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.