Mengamuk Hilang Telefon Bimbit

 

 

ALOR SETAR – Seorang lelaki mengamuk memegang pisau pemotong daging di dalam sebuah restoran dekat Simpang Kuala di sini selepas menyedari telefon bimbit miliknya hilang.

 

Lelaki berusia 37 tahun itu juga mengugut untuk membakar restoran tersebut dengan memotong saluran getah gas memasak dan membakarnya menggunakan pemetik api, lapor Kosmo.

 

Pisau pemotong daging itu dipercayai diambil lelaki itu dari dalam restoran berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari kelmarin.

 

“Lelaki tersebut mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan, namun ujian air kencing mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.

 

Sementara itu, beberapa klip video berdurasi pendek yang tersebar di media sosial memaparkan aksi lelaki itu mengamuk sambil menghayunkan pisau pemotong daging yang mengancam pihak polis dan bomba yang cuba menenangkannya.

 

Kebanyakan klip video tersebut disertakan kapsyen mengatakan kononnya individu tersebut sebagai gila atau kurang siuman.

 

Mohd. Rozi memberitahu, lelaki itu direman selama tiga hari bermula semalam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.