Md Alwi Berbasikal Jumpa Pengundi

 

KOTA BHARU ― Aktiviti berbasikal menjadi pilihan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad untuk bertemu pengundi dalam kawasannya.

 

Md Alwi, yang mesra disapa sebagai Ayah Mat di kawasannya memilih aktiviti berbasikal itu sejak dua tahun lepas bagi bertemu pengundi kerana antara lain dapat mempromosikan gaya hidup sihat kepada penduduk, lapor Bernama.

 

“Saya akan berbasikal menjelajah kawasan saya sejauh 15 kilometer (km) hingga 40km bergantung kepada tempat yang dituju.

 

“Saya tidak mengayuh bersendirian sebaliknya secara berkumpulan bersama beberapa kelab basikal yang ada di Kok Lanas.

 

“Sekali gus mendekatkan diri saya dengan pengundi terutama golongan muda,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.