Malaysia Catat Peningkatan Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan peningkatan dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg berbanding beberapa negara maju lain yang mencatatkan penurunan indeks.

 

Jepun, Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis adalah antara negara maju yang jatuh sedikit kedudukan dalam indeks tahun ini.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi pencapaian tersebut melalui status beliau di Facebook hari ini.

 

“Alhamdulillah, Malaysia disenaraikan di tangga ke-23 dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg, kedudukan yang mendahului banyak negara yang lebih maju.

 

“Kedudukan ini meningkat dua anak tangga berbanding tahun sebelumnya pada tangga ke-25, malah lebih membanggakan ia dicapai tatkala negara-negara maju lain menyaksikan penurunan dari segi kedudukan mereka,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut, Najib menjelaskan pencapaian ini membuktikan dasar dan pelan ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan barisan Nasional adalah tepat dan berjaya membuahkan hasil.

 

“Kita akan terus gandakan usaha kita untuk memacu negara ke arah kemajuan berteraskan rakyat,” katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.