KPN Sahkan Wujud Dua Syarikat Milik Korea Utara

KUALA LUMPUR – Terdapat dua syarikat di negara ini yang dikawal pengarah dan pemilik saham Korea Utara namun syarikat terbabit bukan dikawal ejen perisikan negara itu kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 

Beliau berkata, syarikat berkenaan adalah International Global System Sdn. Bhd. yang didaftarkan pada tahun 2005 dan International Golden Services Sdn. Bhd. yang didaftarkan pada tahun 2012.

 

“Kedua-dua syarikat ini mengendalikan perniagaan multimedia, teknologi maklumat, elektronik serta perdagangan dan bukannya dikawal ejen perisikan Korea Utara dengan nama Glocom seperti yang dilaporkan media antarabangsa semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Utusan.

 
Menurut Khalid, siasatan awal mendapati kedua-dua syarikat itu kini dalam proses ditutup.

 

Tambahnya, PDRM sentiasa memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai hub untuk menjalankan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.