Konsert Wings And Superfriends Bantu Rakan Artis

KUALA LUMPUR – Konsert Wings dan Superfriends-Belenggu Irama akan menggegarkan Istana budaya.

 

 

konsert yang diadakan selama 4 hari dari 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam.

 

 

Konsert yang berkonsepkan memperjuangkan nasib pada insan seni tanah air akan disertakan dengan sorotan adegan dari rintihan lagu selama 2 jam.

 

 

Penganjuran konsert kali ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan persatuan-persatuan di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutama terutamanya dari segi kebajikan anak-anak seni yang tidak berubah.

 

 

Konsert ini diterajui Awie Entertainment Sdn Bhd.

 

 

 

Selain daripada Wings, artis-artis lain yang turut terlibat dalam konsert kali ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Datuk M.Nasir, Syamel AF, Haiza, Datuk Ramli M.S, Maya Karin dan ramai lagi.

 

 

Harga tiket bermula dari RM80, RM150,RM200, RM 250, RM300 dan RM300 dan boleh dibeli melalui online di laman sesawang Redtix, www.airasiaredtix.com atau di kaunter pembelian tiket di Istana Budaya mulai 1 Mac2017.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.