Kanak-kanak Dijadikan Buruh Paksa Di Gerik

 

SUNGAI SIPUT – Polis Perak mengesahkan terdapat kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa oleh sindiket pemerdagangan manusia telah dikesan di Gerik Ahad lalu.

 

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan ini berdasarkan maklumat yang diterima serta siasatan terperinci yang telah dilakukan, lapor Bernama.

 

“Namun kita tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai siasatan kes ini demi menjaga keselamatan pemberi maklumat,” katanya.

 

Pada 26 Februari lalu, pihak polis menyelamatkan 18 warga tempatan termasuk lima kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu.

 

Mereka terdiri daripada 11 individu dewasa melibatkan enam wanita berusia antara 27 hingga 64 tahun, dua remaja lelaki berumur 13 dan 17 tahun serta lima kanak-kanak berusia antara dua dan tujuh tahun.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.