Julia Perez Mahu Jadi Menantu Raja Saudi?

Selebriti Indonesia, Julia Perez atau dikenali dengan Jupe sedang terlantar di hospital kerana disahkan menghidap penyakit kanser serviks.

 

Tribunnews.com melaporkan, Jupe kini sudah beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), Jakarta.

 

Bagaimanapun Jupe tidak ketinggalan mengikuti perkembangan Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al-Saud yang membuat lawatan ke Indonesia.

 

Pun Begitu, Julia sempat menulis di dalam kapsyen di instagramnya untuk menjadi menantu Raja Salman.

 

“Nama saya Rahmawati, saya bersedia untuk menjadi menantu King Salman. Saya bersedia untuk kahwin lagi. Sudah 3 tahun menjanda,”tulisnya.

 

Dalam pada itu, peminatnya juga sentiasa mendoakan artis kesayangan mereka agar cepat sembuh daripada penyakit yang dideritai penyanyi kesayangan mereka.

 

Malah,  laman instagram penyanyi ini turut dihujani kapsyen daripada peminatnya, ”

 

“Jupe, “Love you,” “lekas sembuh, Kaka Jupe”.

 

Dalam pada itu, rakan-rakan sesama artis turut membanjiri hospital untuk menjenguk dan memberikannya semangat.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.