Video : Jamal Persoal Azmin Lantik Individu Muflis Urus Yawas

SHAH ALAM  – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali supaya memberikan penjelasan berhubung pelantikan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) yang didakwa diisytiharkan muflis.

 

Beliau berkata, tuntutan itu dikemukakan kerana pelantikan Pengurus Besar terbabit mencetuskan pelbagai persoalan berkaitan dengan soal amalan integriti kerajaan negeri.

“Menteri Besar perlu menjelaskan perkara ini bagaimana pengurus besar yang telah diisytiharkan muflis sejak 2008 untuk menguruskan dana di bawah Yawas bagi menguruskan dana rakyat negeri selangor yang bernilai kira-kira RM500 juta setahun,” katanya di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Selangor di Seksyen 7 di sini hari ini.

 

Tambahnya, sudah beberapa kali persoalan sering ditimbulkan isu demi isu, namun Azmin tidak pernah menjawab sebarang soalan yang dikemukakan pihaknya.

 

Dalam pada itu, Jamal turut menegaskan beberapa carian yang dibawa bersama berhubung individu muflis tersebut biarpun tidak berniat untuk mengaibkan individu terbabit.

 

Namun menurutnya, individu tersebut seharusnya tidak dilantik Azmin bagi menguruskan dana yang besar untuk rakyat negeri itu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.