Hans Isaac Bakal Berkahwin Dengan Miss Tourism International

KUALA LUMPUR – Pelakon dan produser, Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pemenang Miss Tourism International 2012, Gabriella Robison.

 

Hans atau nama lengkapnya, Gerald Hans Isaac, 46, berkata, majlis tersebut bakal diadakan di Gereja St. John Cathedral, Kuala Lumpur pada 29 Julai depan.

 

“Majlis perkahwinan kami bakal diadakan di gereja tersebut pada pukul 10 pagi.

 

“Manakala sebuah majlis resepsi pula akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Hotel Majestic, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar khas yang di adakan di Hotel Majestic, di sini sebentar tadi.

 

Hans mula mengenali Gabriella, 28, sewaktu menjurikan pertandingan Miss Tourism International 2012.

 

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mula menjalinkan hubungan yang lebih serius sekitar tahun lalu.

 

Hans melamar Gabriella pada 29 Januari lalu di Gereja Good Shephard, Singapura. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.