Gambar Bayi Maut Diberi Makan Pisang, Biskut Jadi Tular

Gambar screenshot bayi maut diberi makan pisang dan biskut Marie jadi tular di aplikasi WhatsApp.

 

Dipercayai bayi yang berusia dua bulan itu berasal daripada Indonesia.

 

Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat kenal pasti bila kejadian itu berlaku.
Menurut sumber aplikasi tersebut, makanan berbentuk pepejal itu telah diberikan kepada bayi tersebut sehingga menyebabkan kematian.

 

Terdahulu, makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal jika diberikan kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat.

 

Kemudiannya, bayi akan mengalami muntah seterusnya akan masuk ke dalam paru-paru, sehingga menyebabkan keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas.

 

Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia boleh menyebabkan kematian.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.