Empat Ahli Kumpulan Ajaran Sesat Hizbut Tahrir Didakwa Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Empat ahli kumpulan ajaran sesat, Hizbut Tahrir Malaysia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini, atas pertuduhan menghina dan bersubahat menghina pihak berkuasa dengan mengadakan sidang media berkaitan fahaman dan ajaran kumpulan itu, dua tahun lalu.

 

Abdul Hakim @ Ramizu Othman, 47, Wan Noorul Hisham Wan Salleh, 33, Hishamudin Ibrahim, 45, dan Sofian Jahir, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Firdaus Mohed.

 

Mengikut pertuduhan, Abdul Hakim yang merupakan jurucakap rasmi kumpulan itu didakwa telah melanggar arahan mufti yang dinyatakan melalui fatwa bertarikh 17 September 2015, jilid 68, nombor 19, fatwa kedudukan Hizbut Tahrir (2) (f) dengan cara mengadakan majlis sidang media yang disifatkan menghina pihak berkuasa agama.

 

Sementara tiga lagi ahli iaitu Wan Noorul Hisham, Hishamudin, dan Sofian pula didakwa telah bersubahat dengan Abdul Hakim untuk melakukan kesalahan sama.

 

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis No. 47-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di sini pada pukul 3.30 petang, 4 Disember 2015. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.