Britain Gesa Malaysia Kongsi Bukti ‘VX Nerve Agent’

Britain pada Isnin menggesa Malaysia berkongsi bukti ‘VX Nerve Agent’ yang membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Duta Britain, Matthew Rycroft berkata, maklumat mengenai serangan pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) perlu dihantar ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di Hague, lapor Metro.

 

“Jika mereka mendapat bukti, mereka perlu menghantarnya kepada OPCW dan kepada Majlis Keselamatan.

 

“Selepas itu, kita boleh mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Rycroft berkata, beliau berharap mana-mana negara, “dalam kes ini Malaysia, dengan potensi bukti sesuatu yang serius seperti ini, akan mengemukakannya secepat mungkin.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.