Yaya Toure ‘Gembira’ Di City – Pellegrini

Manchester – Manuel Pellegrini telah mengalu-alukan pengakuan ejen Yaya Toure, bahawa pemain tengah itu mahu kekal beraksi di Manchester City.

 

Dimitri Seluk berang dengan ingin membawa Toure meninggal Stadium Etihad musim panas lalu, setelah menuduh juara Liga Perdana itu tidak meraikan hari jadi kliennya dan tidak cukup menghargainya.

 

Bagaimanapun, Seluk yang ditemubual pada Januari lalu dipetik daripada portal ESPN berkata, dengan kontrak terkini yang bakal tamat pada 2017, kliennya masih mahu kekal di Manchester City.

 

Pengurus pasukan, Pellegrini mengambil kenyataan itu dengan harapan, Toure sedang menikmati kehidupan di City dan tidak menolak untuk melanjutkan kontrak di kelab tersebut.

 

“Ini bermakna Yaya sangat gembira di sini,” katanya dalam satu sidang akhbar yang dilaporkan oleh ESPN.

 

“Dia sangat gembira di sini, dia pemain penting untuk kita,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.