Qatar 2022 : Final Piala Dunia Perlu Bermula Sebelum 18 Disember -Blatter

Belfest – Final Piala Dunia Qatar 2022 perlu bermula sebelum 18 Disember, kata Presiden FIFA, Sepp Blatter, lapor portal berita BBC.

 

Sebelum itu, petugas FIFA telah mencadangkan kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu diadakan pada November atau Disember, dengan cadangan mengadakan dinal pada 23 Disember, yang akan menjejaskan jadual domestik.

 

“Kita perlu tamatkan pada 18 (haribulan),” kata Blatter.

 

“Piala Dunia tidak akan berterusan sehingga 23 (haribulan), pasti tidak.

 

Blatter,78, yang sedang berada di Ireland Utara untuk menghadiri mesyuarat bersama Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) mengakui, ada beberapa liga yang ‘tidak gembira’ dengan Piala Dunia pada musim sejuk.

 

“Ia bagus untuk membangkitkan perkara berkaitan FIFA dan juga Piala Dunia di Qatar sekarang.

 

“Masih ada lebih daripada enam ke tujuh tahun untuk membuat persiapan,” kata Blatter.

 

Sementara itu, ahli jawatankuasa eksekutif UEFA, David Gill menafikan ketika disoal samada kelab-kelab Eropah akan memboikot Piala Dunia di Qatar pada 2022.

 

“Pendek kata, tidak ada,” jawabnya yang dipetik daripada BBC.

 

Suhu musim panas di Qatar boleh melebihi 40 darjah Selsius manakala pada bulan November dan Disember menurun kepada kira-kira 25 darjah Selsius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.