PRK Chempaka: Ada Penaja Saya Bertanding – Ibrahim Ali

Kota Bharu – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menafikan dakwaan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka pada 22 Mac ini.

 

Ibrahim berkata dakwaan itu tidak benar memandangkan DUN Chempaka bukan kawasannya malah beliau tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk berkempen.

 

“Saya mengaku untuk masa ini saya tiada keupayaan terutamanya dari segi kewangan. Saya tidak ada parti serta jentera untuk bertanding.

 

“DUN Chempaka juga bukan kawasan saya. Kalau kawasan saya sudah tentu saya masuk bertanding mestipun tanpa duit. Bagaimanapun, kalau sesiapa mahu menaja, saya akan bertanding di PRK DUN Chempaka nanti,” katanya dalam Harian Metro, semalam.

 

Ibrahim berkata beliau berharap mana-mana parti akan bertanding dalam PRK itu memberi peluang kepada rakyat Kelantan membuat pilihan wakil rakyat mereka.

 

“Saya akan menyokong penuh mana-mana parti yang bertanding untuk lawan PAS kerana rakyat perlu sedar bahawa PAS adalah parti yang tidak melakukan apa-apa kepada rakyat dan hanya bergantung kepada kerajaan persekutuan semata-semata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.