Lee Kuan Yew Masih Stabil

Singapura – Menteri Penerangan dan Komunikasi, Yaacob Ibrahim berkata beliau dimaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew berada dalam keadaan stabil.

 

Dalam entri di laman Facebooknya pada petang semalam, Yaacob meminta agar orang ramai terus mendoakan kesihatan Kuan Yew.

 

“Saya memahami ramai orang bimbang dan ingin tahu perkembangan semasa mengenai tahap kesihatan Lee Kuan Yew. Saya diberitahu bahawa beliau stabil dan doktor terus memantau tahap kesihatannya.

 

“Marilah kita terus mendoakan kesihatan beliau,” katanya.

 

Kuan Yew dimasukkan ke Hospital Umum Singapura sejak 5 Februari lalu kerana mengalami radang paru-paru yang teruk.

 

Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan bernafas dengan bantuan ventilator mekanikal.

 

Pejabat Perdana Menteri kelmarin memberitahu doktor memulakan kembali rawatan antibiotik terhadap Kuan Yew.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.