iPro LIVEPAD 8.9, Berharga RM699

Kuala Lumpur – Pengguna di Malaysia kini boleh mendapatkan tablet terbaru daripada pengeluar telefon pintar dan tablet iPro, LIVEPAD 8.9 dengan harga promosi RM699.

 

Dikuasakan oleh pemprosesan Intel AtomTM Z3735F Quad-Core yang menjalankan sistem operasi Windows 8.1, tablet ini memiliki skrin 8.9 inci dengan paparan 1920×1200 definisi penuh (HD).

 

Ditawarkan dengan storan penyimpanan 16GB, tablet ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 8000mAh serta 2GB RAM.

 

Dengan penggunaan sistem operasi Windows 8.1, pengguna tablet ini akan boleh menaik taraf kepada Windows 10 secara percuma pada akhir tahun ini.

 

Selain itu, pengguna turut dapat mengaplikasikan produktiviti sistem operasi tersebut dengan turut mendapat langganan Office 365 Personal selama setahun secara percuma yang membolehkan penggunaan aplikasi Powe Point, Word, Excel, OneNoter serta tambahan 1TB storan awan melalui OneDrive.

 

Tablet ini kini tersedia di pasaran Malaysia dengan 800 pelanggan pertama bermula pada Jumaat, sehingga 1 Mac 2015 boleh mendapatkannya pada harga RM699, di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

 

Sementara itu, bersempena pelancaran rasminya, 1500 pelanggan pertama LIVEPAD 8.9 (16GB) ini akan menerima papan kekunci percuma dan sarung bernilai RM199, untuk setiap unit yang dibeli.

 

Selepas tempoh promosi tersebut tamat, pengeluar terbabit, iPro merancang untuk menjual tablet model 16GB tersebut pada harga RM799.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.