Hudud Tidak Praktikal – Sivarasa

Georgetown – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menyatakan secara jelas pendiriannya berkenaan Hudud, yang diperjuangkan oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS kerana bimbang ia akan melukai perasaan penyokong dan ahli parti itu yang beragama Islam.

 

Naib Presidennya, R. Sivarasa berkata, memandangkan parti itu merupakan sebuah parti yang berbilang bangsa di mana semua ahlinya daripada pelbagai latar belakang etnik dan agama, parti itu perlu berhati-hati menyatakan pendiriannya.

 

“PKR tidak boleh menyatakan bahawa ia menentang Hudud kerana ia mungkin akan melukai perasaan orang Islam,” katanya pada forum awam malam tadi yang bertajuk Senario Selepas Anwar Dipenjara.

 

Beliau turut menegaskan bahawa udud, suatu kod keseksaan Islam, tidak ada dalam agenda bersama PR dan menuduh PAS tidak menghormati perjanjian antara tiga rakan gabungan.

 

“Sebuah kumpulan dalam PAS menolak agenda Hudud. Ini tidak pernah ada dalam agenda Pakatan.

 

“PAS berkeras dalam meminda undang-undang membolehkan undang-undang itu dibentangkan di Parlimen supaya memasukkan Hudud sebagai sebahagian daripada undang-undang syariah di Kelantan,” katanya.

 

Beliau berkata, gabungan dalam pakatan turut tidak menafikan hak sesebuah parti untuk mendukung aspirasi parti mereka.

 

Sivarasa turut mengingatkan DAP, yang menentang pelaksanaan Hudud kerana undang-undang jenayah Islam tidak boleh dikenakan kepada orang bukan Islam.

 

Katanya, pelaksanaan Hudud di sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama di Malaysia turut memberikan impak kepada orang bukan Islam dan mewujudkan masalah dalam proses guaman kerana dalam undang-undang Islam saksi Islam dan bukan Islam adalah berbeza.

 

“Semua jenayah mempunyai pesalah, mangsa dan saksi. Di sebuah masyarakat berbilang kaum ini yang berbeza latar belakang etnik dan keagamaan, Hudud tidak praktikal.

 

“Ia mungkin berhasil apabila masyarakatnya 100 peratus Muslim tetapi walaubagaimanapaun tidak ada yang melaksanakan Hudud seperti Indonesia yang mempunyai bilangan penduduk paling banyak beragama Islam,” ujarnya.

 

Bagaimanapun, Sivarasa tetap yakin bahawa perbezaan pendapat berkenaan isu hudud dan orientasi rakyat yang lain boleh diseleasaikan melalui perbincangan dan pemahaman lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.