Hafiz Suip Selamat Bertunang

Kuala Lumpur – Pelantun Masih Jelas, Hafiz Suip hari ini selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Nureffy Jesreel Abdullah atau Effy.

 

Secara kebetulan, tarikh hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran Hafiz.

 

Majlis pertunangan itu berlangsung di Hotel Pullman Kuching, Sarawak dengan meriah dan turut dihadiri oleh keluarga serta rakan-rakan pasangan itu termasuk Hazama, Black dan Aril AF.

 

Hafiz dan Effy, awal 20-an sebelum ini telah berkenalan sejak lima tahun lalu sebelum Hafiz bergelar penyanyi.

 

Effy juga masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga berasal dari Kuching, Sarawak.

 

Malah pasangan itu turut mempunyai pertalian saudara jauh.

 

Sebelum ini, keluarga Hafiz dikatakan telah menghantar rombongan merisik pada 21 Disember tahun lalu.

 

Pasangan itu dikatakan mempunyai tempoh setahun untuk membuat persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan selain menunggu Effy tamat pengajian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.