Diaz Bakal Tinggalkan JDT – Tunku Ismail

Kuala Lumpur – Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan bagi menyertai sebuah kelab bola sepak di Brazil yang berminat untuk membeli pemain kelahiran Argentina itu.

 

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata JDT berjaya mendapatkan khidmat pemain dari Argentina, Patricio Rodríguez, 24 yang kini beraksi bersama kelab Brazil, Santos FC secara pinjaman bagi menggantikan tempat Diaz.

 

Baginda yakin bahawa kehadiran Patoricio mampu memperkuatkan cabaran skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

 

“Saya sangat kagum dengan mutu dan corak permainan yang dimilikinya dan telah memerhatikan beliau semenjak tahun 2013 ketika semasa bermain bersama-sama (pemain antarabangsa Brazil), Neymar,” kata Tunku Ismail menerusi Facebook rasmi pasukan JDT; Johor Southern Tigers, hari ini.
“Saya juga turut merasa bangga kerana kini beliau akan menjadi aset pasukan JDT meskipun tempoh diberikan hanyalah berdasarkan pinjaman. Kami berharap akan dapat membeli beliau sepenuhnya selepas November 2015 kelak,” jelas baginda.

 

Tunku Ismail berkata pemain muda Argentina itu dijadualkan tiba di Johor pada 14 Mac ini sambil menyatakan ada kejutan apabila jendela perpindahan pemain bagi peringkat kedua dibuka pada April ini.

 

“Ini merupakan salah satu strategi pemasaran JDT dengan mengambil pemain muda bertaraf antarabangsa dan berharap dapat memberi sumbangan kepada kelab JDT dan semoga tawaran untuk pemain itu sendiri akan bertambah apabila berhijrah suatu hari nanti ke pasukan bola sepak tanah air,” kata baginda.

 

Untuk rekod, Diaz yang pernah beraksi bersama kelab Lanus di Argentina menyertai pasukan JDT pada 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.