Ashraf Romantik & Suka Beri Kejutan – BCL

Bergelar isteri kepada pelakon dan usahawan Ashraf Sinclair lantaran dia menjalani kehidupan bahagia di samping kehadiran putera kesayangan, Noah Sinclair yang kini berusia empat tahun.

 

Walaupun sikit waktu dulu dia pernah melalui detik-detik sukar dalam kerjayanya, dia berjaya mempertahankan karier seninya dan kini terus berkembang.

 

Di tambah beberapa kejayaan terbesar yang mengiktirafya sebagai penghibur terbaik sekaligus meletakkannya sebagai antara selebriti popular lagi berpengaruh di Indonesia.

 

Justeru, wanita bernama Bunga Citra Lestari atau lebih sinonim disapa dengan panggilan BCL ini, dengan segala yang dimilikinya menjadikan hidupnya kini sempurna.

 

Malah ketika ditemui media di Kuala Lumpur baru-baru ini, anak kelahiran kota Jakarta ini tidak putus-putus mengungkap dirinya sebagai wanita terbahagia.

 

“Saya kini sedang berada di kehidupan yang sangat bahagia. Mempunyai suami yang baik, kacak dan romantik. Mempunyai anak yang agak nakal tapi saya seronok melayan keletahnya dan melihat dia membesar.

 

“Setelah lebih kurang dua tahun saya berehat, kini saya kembali aktif semula dan melancarkan lagu baru, Wanita Terbahagia. Syukur saya masih berpeluang meneruskan kejaya seni saya dan masih terus diterima peminat baik di Indonesia juga di Malaysia.

 

“Hidup saya kini sempurna. Saya, wanita terbahagia”, kata BCL ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Wanita Terbahagia bertempat di hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, kelmarin.

 

Wanita Terbahagia merupakan sebuah karya yang menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari yang turut diperindahkn dengan muzik seperti gendang dan seruling.

 

Sekaligus lagu ini cukup berbeza dan unik berbading lagu-lagu nyanyian BCL sebelum ini yang lebih terarah kepada irama balada sentimental.

 

Kata penyanyi berusia 32 tahun ini, Wanita Terbahagia cukup istimewa dan bermakna buat dirinya kerana lagu itu adalah terjemahan kebahagian yang dinikmatinya sekarang dalam melayari bahtera rumah tangga bersama Ashraf. Sementara Noah sebagai pengikat kasih sayang mereka berdua.

 

Tambah istimewa, BCL menyatakan lagu ini didedikasikan khas buat Ashraf kerana suaminya itu sering memberi momen indah dalam kehidupan mereka sehinggkan membuatkan dia sekarang berada di puncak bahagia.

 

“Wanita Terbahagia saya tujukan khas untuk Ashraf kerana telah membuatkan saya bahagia. Saya tidak pernah menyangka saya berada sebahagia sekarang.

 

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan betapa besarnya kasih sayang dan cinta saya kepada dia. Mungkin kata-kata pun tidak cukup tetapi ia diluah dalam lagu sajaah kalau begitu,” ujarnya.

 

Menyingkap detik pertemuan mereka sebelum sah sebagai suami isteri pada 8 November 2008, dedah penyanyi yang popular dengan lagu hits seperti Ingkar, Cinta Pertama, Aku dan Dirimu dan Cinta Sejati ini berkata:

 

“Saya masih ingat perkenalan kami, sekitar 2007 ketika itu saya masih baru bergelar artis dan datang ke Kuala Lumpur untuk lancarkan album saya berjudul Cinta Pertama.

 

“Saya ketika itu hanya tujuan saya mahu mencuba nasib sehingga akhirnya saya punya peminat di sini. Di satu waktu promosi, saya diwawancara seorang pengacara iaitu Ashraf.

 

“Dari situlah kami berkenalan. Siapa sangka, saya datang ke Malaysia mahu lancar album tetapi terus dapat suami pula,” katanya tertawa.

 

Katanya, Ashraf seorang suami yang sangat romantik dan seperkara yang membuatkannya sering tersentuh ialah apabila suaminya itu suka memberi kejutan kepadanya.

 

“Sejak kami kenal malah sebelum kami berkahwin sebenarnya dia sudah menunjukkan sifat romantiknya itu. Ashraf mewarisi ciri-ciri ibu bapa mertua saya yang mana saya lihat, walaupun mereka sudah tua tetapi Daddy dan Ummi sangat romantik. Jadi, saya mungkin terkena tempiasnya.

 

“Ashraf juga selalu memberi kejutan kepada saya. Misalnya, kalau sewaktu kami bercinta dulu, kami melalui percintaan jarak jauh, jadi tidak selalu dapat berjumpa bahkan kalau berbual menerusi telefon tidak selalu kerana bil mahal.

 

“Ketika itu pula Internet tidak selaju dan secanggih seperti sekarang. Jadi, jika dia datang ke Jakarta, dia suka tinggalkan nota-nota kecil dan diselitkan di sekitar dalam rumah saya.

“Jadi apabila kami berjauhan, kalau saya sedih atau kepenatan nanti dia akan suruh saya lihat sesuatu di belakang TV, pintu atau di mana-mana. Dia tinggalkan nota kecil dan apabila saya baca, ia membuatkan saya tertawa.

 

“Kehadiran Ashraf dalam hidup saya juga sebenarnya banyak merubah diri saya menjadi seorang yang lebih baik. Kehadiran Noah pula membuatkan saya menjadi seorang ibu yang lebih banyak punya impian,” katanya tersenyum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.