Jepun Lancar Satelit Khas Pantau Hujan, Ribut Petir Global

TOKYO: Jepun hari ini Berjaya melancarkan roket terbaharunya yang membawa satelit berteknologi tinggi yang berupaya memantau kadar hujan global dan membantu ramalan cuaca terutama bagi mengesan ribut petir.

Menurut Agensi Eksplorasi Angkasa Jepun (JAXA), roket H-IIA rocket dilancarkan di selatan kepulauan Jepun tepat jam 3.37 pagi waktu tempatan seperti yang dijadualkan.

Satelit berkenaan dibangunkan bersama antara kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat yang direka bentuk khas untuk mengumpul data dari beberapa lagi satelit di orbit.

Satelit itu turut mempunyai keupayaan untuk merakamkan gambar secara terperinci mengenai pergerakan di sekeliling jajaran planet.

Ahli kaji cuaca berkata, satelit itu mampu memberi maklumat lebih tepat dengan disokong peta mengenai taburan hujan dunia bagi membolehkan ramalan dibuat mengenai puting beliung dan banjir. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.