Darurat di Riau Akibat Jerebu Tebal

JAKARTA – Riau semalam mengisytiharkan darurat selepas jerebu tebal ekoran kebakaran hutan, melumpuhkan wilayah tersebut.

Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho. berkata, wilayah yang mempunyai lima juta penduduk itu mengalami jerebu sejak beberapa minggu lalu ekoran kegiatan pembersihan tanah secara haram dan cuaca panas yang membelenggu wilayah berkenaan.

“Berdasarkan maklumat, kebakaran yang berlaku menjadi semakin teruk dan perlu dipadam menggunakan pesawat pengebom air dan tindakan tersebut akan diambil,” katanya – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.