Catuan Air Fasa 2 Babit Kawasan Lebih Besar Termasuk KL, PJ Mulai 2 Mac – SPAN

Cyberjaya: Peringkat kedua pengagihan air berjadual akan membabitkan enam daerah iaitu daerah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bermula 2 Mac sehingga 31 Mac ini.
.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim, berkata catuan kali ini membabitkan kawasan dan jumlah akaun lebih besar iaitu 260 kawasan dan 358,342 akaun pengguna.

“Catuan bekalan air itu sekali gus bakal menjejaskan 2.2 juta pengguna di enam daerah terbabit,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Catuan air peringkat kedua itu ekoran penyusutan berterusan semua empangan di Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, tempoh pengagihan air berjadual di daerah Kluang pula akan dipanjangkan bermula esok sehingga 31 Mac berikutan paras Sungai Sembrong Kiri terus menyusut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.