Azmin Betul, Surat Guan Eng Batalkan ECRL Tersebar

Percanggahan kenyataan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sangat misteri.

Ia bermula dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau tidak tahu projek tersebut telah dibatalkan. Kemudiannya Mohamed Azmin mengesahkan bahawa projek ECRL telah pun dibatalkan.

Namun semalam Lim Guan Eng menyatakan kabinet belum membuat keputusan mengenai ECR dan akan membincangkan lagi minggu hadapan. Lim menempelak Azmin kerana tidak hadir mesyuarat kabinet.

Namun Utusan melaporkan seorang menteri yang enggan didedahkan namanya itu mengesahkan Mohamed Azmin berada dalam mesyuarat Kabinet, Khamis lalu bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Mohamed Azmin, Sabtu lalu bahawa Kabinet telah memutuskan untuk membatalkan projek itu kerana kerajaan perlu membayar faedah sebanyak RM500 juta setiap tahun jika ia diteruskan.

Bagaimanapun hari ini surat penamatan kontrak pembinaan ECRL dimuat naik ke facebook dan turut dikongsi oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Surat Kementerian Kewangan kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd bertarikh 18 Januari 2019 dengan jelas menyatakan projek ECRL telah dibatalkan. Surat tersebut ditandatangani oleh Lim Guan Eng.

Penyebaran surat tersebut yang belum disahkan ketulenannya menimbulkan menujukkan kemungkinan besar Azmin bercakap benar bila menyatakan ECRL telah dibatalkan.

Ini menimbulkan tandatanya baru adakah pembatalan ECRL dibuat tanpa kelulusan kabinet?

 

\

 

 

2 thoughts on “Azmin Betul, Surat Guan Eng Batalkan ECRL Tersebar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.