Video Detik-Detik Seorang Jururawat Pukul Nenek , Keluarga Geram, Tapi Polis Malah Membebaskannya!

Gina Owen merasa geram dan sangat marah apabila mendapati ibunya yang menderita demensia dipukul berulangkali oleh Stacey George, seorang jururawat yang bertugas di rumahnya.

Dilaporkan oleh Metro, Gina menyaksikan satu siri keganasan secara langsung melalui kamera telefon bimbitnya yang disambungkan ke kamera rahsia di rumah ibunya di Kettering, Northamtonshire, England.

Sabina Marsden

Dia melihat George memukul dan menarik selimut ibunya, Sabina Marsden sebanyak lima kali.

“Oh, Tuhan, kau benar-benar busuk,” herdik George sambil duduk di hujung sofa.

Kerana mengalami demensia, nenek 78 tahun yang berasal dari Itali tersebut hanya boleh menjawab ‘Mamma mia’ sambil menangis.

Tak tahan melihat perlakuan George pada ibunya , Gina pun segera pulang ke rumah.

Metro

“Selama 10 minit adikku meninggalkan rumah ini aku melihatnya dari telefon saya. Kau memukul ibu empat hingga lima kali,” ujar Gina pada George yang masih terus menikmati yoghurtnya.

Gina menceritakan, dia pulang ke rumah dengan senyap dan menyuruhnya pergi.

Kemudian menjelaskan perkara sebenarnya.

“Dia sempat bertanya berapa lama aku telah melihatnya (memukul). Lantas aku menjawabnya ’20 hingga 30 minit, kau melihat pada ibuku, sambil memegang sebuah yoghurt, ” kata Gina.

“Saya minta maaf, apa yang awak nak buat?” jawab George tanpa merasa bersalah sedikit pun.

George mengaku melakukan itu hanya untuk memberi amaran kepadanya.

Gina membalasnya dengan tegas.

“Aku tidak suka kau memberi amaran kepada ibu aku sedangkan dia hanya diam dan duduk di sana tanpa berbuat apa-apa. Ibu aku tidak boleh bercakap, dia orang Itali, semua yang boleh dia katakan hanyalah ‘Mamma mia’ apabila dipukul,” kata Gina.

Jururawat itu kemudian terus memakan sisa yoghurtnya sebelum mengambil beg tangan dan meninggalkan rumah Gina.

Keluarga Sabina kemudian mengeluarkan rakaman tersebut untuk memberi amaran kepada pelaku agar mengakui perbuatannya.

George tidak lagi bekerja untuk Mega Care, syarikat yang melindunginya.

 

Namun, setelah dilakukan penyelidikan menyeluruh dan melakukan peninjauan kembali, polis membebaskan jururawat berusia 46 tahun tersebut dengan peringatan.

Ia menyebabkan keluarga Gina merasa sangat kecewa.

“Malangnya, kes yang melibatkan ibu bapa dan orang-orang yang terdedah sebagai mangsa penganiayaan tidak pernah lebih penting bagi keluarga mereka yang mendapat rawatan diawasi oleh orang-orang yang mereka cintai,” terang Lauren Kennedy, peguam keluarga Sabina.

Keluarga ini bukan sahaja dikecewakan oleh Mega Care, tetapi juga mengenai sistem keadilan jenayah yang membenarkan pelaku dibebaskan.

(TribunStyle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.