Pertemuan Pemuda Tertinggi, Gadis Terpendek Dunia

Pemuda tertinggi dan gadis terpendek dunia bertemu di Mesir bagi menjalani sesi fotografi di Piramid Giza.

Menurut AFP, gadis terpendek Jyoti Amge yang berasal dari India ini tingginya hanya 62,8 sentimeter sahaja.

Dia memegang rekod Guinness World Record sebagai gadis terpendek di dunia.

Manakala, Sultan Kosen pula, berasal dari Turki. Dengan ketinggian mencapai 2,51 meter ini dia telah dinobatkan sebagai pemuda tertinggi di dunia.

Kedua mereka diundang oleh Kementerian Pelancongan Mesir untuk berkunjung ke tempat-tempat paling terkenal di Cairo, bagi membantu meningkatkan pelancongan di negera itu.

Sultan Kosen yang berumur 36 tahun itu, dinobatkan sebagai pemuda tertinggi dunia pada tahun 2009, ketika tinggi badannya 2,47 meter. Pada masa itu, ketinggiannya masih meningkat.

Selain melancong dan menjalani sesi fotografi di tempat bersejarah tersebut pada Jumat (26/1) waktu tempatan, mereka juga terlibat dalam konferensi di hotel Fairmont Nile City, Kairo.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.