Pernah Dituduh Menyetubuhi Model Cantik Berusia 17 Tahun, Begini Penjelasan David Copperfield

“Ketika menghadapi kekecohan baru, saya ingin gerakan ini (#MeToo) terus berkembang. Sentiasa dengar dan pertimbangkan segala sesuatu dengan hati-hati, tetapi demi kehidupan orang lain, janganlah terburu-buru menghakimi,” kata David Copperfield, ahli silap mata terkenal  Amerika Syarikat.

#MeToo adalah gerakan untuk menggalakkan orang yang menjadi mangsa gangguan seksual dan keganasan supaya bersuara dan mendedahkan kebenaran.

Malangnya, di tengah-tengah kempen Copperfield, ahli silap mata itu pernah dituduh menagih dadah dan mengganggu seorang model remaja pada tahun 1988.

Model bernama Brittney Lewis itu pernah memberitahu The Wrap,  pada masa itu dia berusia 17 tahun.  Dia bertemu dengan Copperfield ketika mengikuti pertandingan model “Look of the Year” di Atami, Jepun.

Ahli silap mata itu  merupakan salah satu juri. Selepas pertandingan, Lewis berkata, Copperfield menjemputnya ke California.

Ketika itu, kata Lewis, ahli silap mata itu memasukkan dadah ke dalam minumannya hinggakan dia tidak sedarkan diri.

Apa yang  diingati oleh Lewis ialah Copperfield membuka pakaian dan menciumnya.

“Pagi esoknya dia memberitahu tidak berlaku apa-apa kerana saya di bawah umur. Dia juga mengaku tidak menyetubuhi saya,” tutur Lewis.

Menurut Lewis, keesokan paginya Copperfield memaksanya menulis surat pernyataan bahawa tidak berlaku sesuatu yang tidak elok kepada model tersebut.

Sebelum perkara itu didedahkan, Copperfield telah bercakap tentang pergerakan #MeToo melalui Twitter pada hari Rabu lalu.

“Kita semua mahu orang yang menjadi mangsa akibat keganasan atau penderaan seksual diberi kuasa dan kita perlu mendengar supaya lebih ramai wanita berani berbicara. Ini penting,” kata Copperfield dalam tweetnya.

Tetapi, katanya,  bayangkan perasaan itu, mempercayai pergerakan itu dan dituduh melakukan gangguan seksual pada masa lalu, mengalami kehidupan anda dan keluarga anda berantakan.

Pada tahun 2007, bekas ratu cantik Lacey Carroll menuduh Copperfield melakukan kekerasan seksual ke atasnya di pulau peribadi ahli silap mata itu.

FBI menyiasat tuduhan itu dan memecah masuk gudang Copperfield di Las Vegas.

Tetapi kes itu ditutup tanpa mana-mana pihak menjadi suspek.

Carroll kemudian didakwa melakukan tuduhan palsu serangan seksual terhadap seorang lelaki lain. Dia mengaku bersalah pada 2010.

Dia didenda dan dikenakan hukuman melakukan khidmat kerja sosial.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.