Penduduk Bimbang Diancam Buaya

BELURU – Penduduk yang tinggal di tebing sungai di pekan Beluru, di sini, dipindahkan kerana dikhuatiri diancam buaya berikutan paras air sungai yang semakin naik.

Sehingga jam 8 malam tadi, seramai 30 penduduk daripada tujuh keluarga yang mendiami kawasan setinggan di tebing sungai itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Dewan Masyarakat Beluru, di sini, lapor BH

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pemantauan kini terus dijalankan berikutan paras air yang dikhuatiri semakin naik.

“Penduduk yang tinggal di tebing sungai itu diarah berpindah bukan sahaja bimbangkan kediaman mereka dilanda banjir, malah dikhuatiri diancam buaya.

“Sungai itu banyak buaya dan air sungai sudah melimpah ke tebing sehingga paras 0.5 meter,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.