Kos Kontrak Lonjak Sebanyak RM336 Juta Dalam Tempoh 5 Tahun?

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 28 Januari 2018

Bagaimanakah kos kontrak bagi jalan pertama boleh melonjak sebanyak RM336 juta (43%) hanya dalam tempoh 5 bulan sahaja?

Pada bulan Ogos 2017, syarikat fesyen Voir Bhd menyerahkan dokumen kepada Bursa Malaysia menjelaskan mengapa mereka mengambil kepentingan dalam Special Purpose Vehicle (SPV) Terowong Pulau Pinang.

Dalam dokumen yang diserahkan itu, Voir memberikan nilai kos untuk kontrak pembinaan untuk semua empat pakej (3 jalan + 1 terowong) projek terowong Pulau Pinang itu.

Voir juga mengisytiharkan bahawa SPV itu telah menerima surat penganugerahan dari Kerajaan Pulau Pinang pada 9 Mei 2016 untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan Jalan Utama 1 (Tanjung Bungah ke Teluk Bahang) dan Jalan Utama 2 (Lim Chong Eu ke Ayer Itam).

Walau bagaimanapun, nilai kontrak yang diberikan oleh Voir Bhd pada Ogos 2017 jauh berbeza dengan apa yang diberikan oleh EXCO infrastruktur Pulau Pinang Lim Hock Seng dalam jawapan bertulisnya kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2017.

Nilai kontrak bagi kesemua 3 jalan itu telah meningkat dengan ketara, manakala nilai kontrak untuk terowong itu telah menurun.

Kos kontrak untuk jalan pertama khususnya telah melonjak sebanyak 43% atau RM336 juta dari RM776 juta kepada RM1.1116 bilion.

Sementara itu, kos kontrak Terowong telah menurun sebanyak 21% (hampir RM800 juta) daripada RM3.6 bilion kepada RM2.8 bilion.

Kos laporan untuk jalan pertama iaitu sebanyak RM120 juta juga adalah membimbangkan – jauh lebih tinggi daripada kos laporan RM96 juta untuk terowong yang lebih rumit yang mana menelan kos 10 kali ganda untuk membinanya.

Jika anda mengambil kira bahawa projek terowong Pulau Pinang sepatutnya bermula beberapa tahun kemudian dan SPV sendiri mengatakan tidak ada keperluan segera untuk menyelesaikan laporan untuk terowong itu sendiri, perubahan besar-besaran kos dari terowong kepada 3 jalan itu menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan Pulau Pinang sengaja membuat pembahagian kos secara tidak sama rata untuk semua kos supaya syarikat SPV dapat memperoleh sebanyak mungkin pembayaran dan dengan secepat mungkin?

Adakah langkah Kerajaan Pulau Pinang untuk membuat pembahagian kos projek secara tidak sama rata untuk memberi manfaat kepada SPV?

Ini memberi kesan bahawa jika laporan terowong tidak pernah diselesaikan atau terowong tidak pernah dibina, impak ke atas SPV hanyalah sedikit kerana sebahagian besar pembayaran dari kerajaan negeri sudah dibuat dalam 3 komponen jalan raya itu.

Oleh kerana kos kontrak banyak berbeza, apakah Voir membuat pengisytiharan palsu kepada Bursa Malaysia (satu kesalahan yang serius) atau adakah Lim Hock Seng mengelirukan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (yang juga merupakan satu kesalahan yang serius).

Bolehkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperjuangkan ketelusan dan menyiarkan surat penganugerahan bertarikh Mei 2016 itu untuk mengesahkan apakah kos pembinaan yang sebenar untuk dua jalan pertama itu?


Dokumen yang diserahkan Voir Bhd pada Ogos 2017 kepada Bursa.
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5534313

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.