Kenapa Tun Hasmah Disoal siasat?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 27 Januari 2018

Walaupun dukacita bahawa seorang wanita berusia 91 tahun seperti Tun Siti Hasmah disoal siasat oleh polis, adalah penting untuk memahami konteksnya.

Pertama, polis mengambil kenyataannya di pejabat Tun Mahathir di Yayasan Al Bukhari, selama satu jam di hadapan peguamnya. Beliau tidak diminta pergi ke balai untuk disoal siasat.

Kedua, perhimpunan itu dianjurkan oleh Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pada bulan September di mana beliau merupakan salah seorang penceramah utama. Perhimpunan yang bergerak dari pusat membeli-belah Maju Junction ke Pertama Complex di pusat bandar, dianggap menyalahi undang-undang kerana telah melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tiada permit polis diberikan.

Tun Siti Hasmah juga bercakap pada perhimpunan itu. Sekiranya beliau cukup sihat untuk mengambil bahagian dan bercakap dalam perhimpunan jalanan awam itu, pastinya beliau cukup sihat untuk disoal siasat selama sejam oleh polis dalam keselesaan pejabat suaminya yang berhawa dingin itu?

Ketiga, laporan polis dibuat oleh orang ramai mengenai perhimpunan itu jadi polis hanya melakukan tugas mereka untuk menyoalsiasat beliau. Beliau bukan satu-satunya orang yang disoal oleh polis kerana ada orang lain juga disoal siasat. Ia akan kelihatan tidak masuk akal dan “berat sebelah” apabila Maria Chin disoal siasat tetapi Tun Siti tidak.

Keempat, sekiranya perhimpunan haram seperti itu diadakan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, polis rusuhan dan FRU sudah pun akan melepaskan gas pemedih mata dan menembak meriam air ke arah peserta perhimpunan. Ramai daripada mereka akan merasai tendangan atau pukulan baton pegawai FRU.

Dalam kes perhimpunan ini, pihak berkuasa tidak pun bertindak untuk menghentikan perhimpunan tersebut.

Ini hanya soal siasat rutin dari pihak polis. Tidak ada yang jahat tentangnya. Tidak perlu terlampau beremosi terhadap insiden ini.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.