Kelantan Gagal Sekat Buriram United

SUNGAI GOLOK – Kelantan tidak kesampaian menyaingi Buriram United selepas tewas 1-3 pada aksi pramusim terakhir pasukan itu di Stadium Maharaj, di sini, kelmarin

Dalam aksi itu, Buriram United membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain import dari Brazil, Diogo Luis Santo pada minit ke-23.

Seminit sebelum tamat babak pertama, gawang Kelantan sekali lagi bolos selepas pemain import Buriram United dari Korea Selatan, Go Seul-Ki menjaringkan gol kedua pasukan tuan rumah.

Bersambung di babak kedua, Kelantan cuba bangkit apabila meraih gol pencetus semangat selepas dihadiahkan sepakan penalti.

Bruno Lopes tidak mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang apabila menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-52, lapor BH

Permainan kembali seimbang sebelum Buriram United menambah derita Kelantan menerusi gol ketiga mereka, hasil jaringan kapten pasukan, Suchao Nuchnum pada minit ke-67.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.