Syamsul Yusof Didakwa Ciplak Karya Penulis Novel

Kuala Lumpur – Kes dakwaan seorang penulis novel yang sebelum ini mendakawa Syamsyul Yusof menciplak hasil karyanya untuk dijadikan filem bakal dibicarakan selepas proses mediasi antara penulis Elias Idris, Syamsul Yusof dan Datuk Yusof Haslam gagal menyelesaikan perkara tersebut.

 

Jelas Datuk Yusof Haslam pihak mereka sudah mencuba sehabis baik untuk mencari jalan penyelesaian secara baik tetapi Elias enggan memberikan kerjasama beliau.

 

Elias mendakwa beliau adalah penulis bagi buku bertajuk Aku Bohsia yang diterbitkan pada tahun 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita.

 

Penulis itu sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Syamsul Yusof atau Datuk Yusof Haslam dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 November tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias dalam filem ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’ yang diterbitkan pada tahun 2009.

 

Hakim telah menetapkan tarikh 6 Februari depan untuk menguruskan kes tersebut.

 

Isu ciplak dan tuntutan hak cipta bukan perkara baru dalam industri tetapi jika masalah boleh diselesaikan secara baik apa salahnya kita mencuba bukan? Sejauh mana persamaan buku Aku Bohsia dan filem arahan Syamsul Yusof masih belum disahihkan lagi jadi kita tunggu sahaja lanjutan kes ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.