Sharp Tawar Diskaun, Servis Peralatan Elektrik Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Sharp-Roxy Sales & Service (M) Sdn. Bhd. (SRSSC) menawarkan perkhidmatan servis bagi peralatan-peralatan elektrik keluaran syarikat itu yang terjejas akibat banjir.

 

Pengurus Perhubungan Awam dan Pengiklanan SRSSC, Burhanuddin Kahar berkata, tawaran tersebut bagaimanapun terhad kepada pengguna produk Sharp di Pantai Timur manakala tempohnya dilanjutkan sehingga akhir Februari ini.

 

“Perkhidmatan servis peralatan elektrik ini termasuk bagi barangan yang telah melepasi tempoh jaminan dengan harga alat gantian akan diberikan diskaun sebanyak 30 peratus dan tiada caj tenaga kerja dikenakan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Banjir Kumpulan Utusan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.