Semoga Ayahanda Bertambah Gagah – Nik Abduh

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pasir MAS Nik Mohamad Abduh Abdul Aziz hari ini melahirkan rasa gembira beliau apabila ada pihak yang berlainan agama turut mendoakan kesihatan ayahandanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

“Terima kasih buat doa seluruh rakyat Malaysia. Ada rakan non-muslim mohon diizin menziarahi ayahanda khas untuk berdoa. Saya gembira. Walaupun berlainan ugama, tuhan yang esa akan mendengar daripada seluruh hambaNya,” tulis beliau menerusi posting Facebooknya hari ini.

 

Mengulas lanjut dari segi kesihatan Nik Aziz, beliau berkata ayahandanya baru sahaja selesai menjalani latihan pemulihan, malah perkembangan yang positif ditunjukkan apabila beliau sudah mampu duduk di atas kerusi roda dengan lebih lama.

 

“Ia sudah cukup menggembirakan saya yang menyaksikan. Semoga ayahanda bertambah gagah hari demi hari,” ujarnya.

 

Pada masa sama, beliau berkata, pihak hospital juga telah melakukan pemeriksaan dan persiapan di kediamannya sebelum Nik Aziz dibenarkan pulang.

 

Tambahnya, beliau amat berterima kasih kepada pelawat yang memahami keadaan ayahanda termasuklah sahabat perjuangan beliau yang turut sama-sama memberi sokongan dan tidak putus berdoa untuk kesihitan Nik Aziz khasnya rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.