Saravanan Ugut Adakan Perhimpunan Depan Rumah Palanivel

Kuala Lumpur – Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan mengugut akan mengadakan perhimpunan besar di hadapan kediaman presiden parti Datuk Seri G. Palanivel jika beliau gagal mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC) dalam 24 jam.

 

“Kami memberinya 24 jam untuk mengadakan mesyuarat itu. Jika tidak kami akan berhimpun di depan rumah Palanivel.

 

“Keadaan sudah kelam kabut,” katanya di luar ibu pejabat MIC sebentar tadi.

 

Semalam, Palanivel menggantikan Saravanan dengan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan Datuk Rajoo Vyraperumal.

 

Kehadiran penyokong Saravanan di luar bangunan ibu pejabat mencetuskan suasana tegang dengan polis kelihatan bersiap sedia.

 

Keadaan menjadi kecoh apabila pengawal keselamatan enggan membenarkan penyokong itu memasuki bangunan.

 

Kumpulan itu hanya bertenang selepas Saravanan keluar dan bercakap dengan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.