QZ8501 : Keluarga Mangsa Harap Misi Pencarian Diteruskan

Surabaya – Ahli keluarga mangsa pesawat QZ8501 masih mengharapkan misi pencarian diteruskan walaupun pihak Tentera Negara Indonesia (TNI) memutuskan untuk menghentikan operasi.

 

Seorang daripada ahli keluarga mangsa suami isteri Indriyani Fandi Santoso berkata, walaupun dia menyedari cuaca mungkin menyukarkan operasi, namun dia berharap supaya ahli keluarganya itu dapat ditemui walau dalam apa jua keadaan.

 

Menurutnya, dia faham bukan semua mangsa yang mungkin dapat ditemui semula tetapi mereka sekeluarga tetap mengharapkan supaya pasangan itu dapat ditemui.

 

Hasrat yang sama turut dinyatakan seorang lagi ahli keluarga mangsa yang berharap operasi mencari mayat mangsa ini diteruskan.

 

Menurut Imam Sampurno, mereka sekeluarga hanya memfokuskan penemuan mayat ahli keluarganya dan tidak memikirkan soal insuran ataupun pampasan.

 

Imam memberitahu bahawa, dia mengharapkan anak, menantu dan seorang cucunya itu akan berjaya ditemui dengan segera.

 

“Kami berharap operasi ini masih terus dilakukan. Setiap hari saya akan menghubungi pihak Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) untuk mendapatkan perkembangan terkini,” jelasnya kepada Detik News.com. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.