Piala Liga: Chelsea Layak Final; Mourinho Puji Liverpool

LONDON: Chelsea berjaya layak ke final Piala Liga selepas tandukan daripada Branislav Ivanovic pada masa tambahan membantu mereka menang 1-0 ke atas Liverpool dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stamford Bridge, awal pagi ini.

 

Pemain pertahanan Serbia itu melonjak menanduk tepat pada minit ke-94 menewaskan penjaga gol lawan, Simon Mignolet untuk mengesahkan kemenangan agregat 2-1 untuk juara empat kali itu.

 

Ia menjadi penawar duka buat The Blues itu selepas tewas mengejut kepada Bradford City 4-2 dalam pusingan keempat Piala FA tempoh hari.

 

 

Chelsea akan bertemu Tottenham Hotspur atau Sheffield United dalam final di Wembley pada 1 Mac ini.

 

“Ini adalah Liverpool baharu (daripada awal musim ini) dan satu lawan yang cukup liat.

 

“Saya amat gembira dapat menewaskan satu pasukan yang bagus,” kata pengurus Chelsea, Jose Mourinho selepas perlawanan menarik itu. -AFP / BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.