Pemuda ‘Tawan’ Ibu Pejabat MIC

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pergerakan Pemuda MIC bertindak mengunci ibu pejabat parti itu ekoran dakwaan terdapat kehadiran samseng dalam bangunan tersebut.

 

Ketua Pemuda, C. Sivaraajh mendakwa sekumpulan samseng telah dihantar untuk menghalang pemimpin, ahli parti dan orang awam daripada mendekati bangunan itu demi kepentingan pihak tertentu.

 

Menurutnya, bangunan parti itu sudah tidak selamat lagi kerana mula diterajui oleh kumpulan itu.

 

“Dulu kata kami gangster, sekarang siapa gangster? Mengapa perlu berbuat begini.

 

“Kami telah mengerahkan 1,000 pemuda untuk menjaga keselamatan bangunan sehingga mesyuarat tergempar diadakan oleh Datuk G.Palanivel.

 

“Saya juga rasa Palanivel tidak layak menerajui MIC lagi. Sila letak jawatan dan bagi laluan kepada yang lebih layak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 

Kumpulan Pemuda MIC terlibat bertindak mengunci semua pintu termasuk pintu utama bangunan MIC di Jalan Rahmat sejurus sahaja sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk M.Saravanan selesai diadakan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.