Palanivel Umum Pelantikan Baharu MIC

Kuala Lumpur – Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan senarai lantikan beberapa jawatan utama peringkat negeri termasuk pelantikan Tan Sri Ramasamy Muthusamy sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan MIC Perak.

 

Palanivel berkata semua pelantikan berkuat kuasa serta merta dan beliau telah mengeluarkan surat kepada semua yang terlibat yang akan sampai kepada mereka dalam waktu terdekat.

 

Ramasamy mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak daripada Palanivel.

 

Datuk Ganesan Arumugam mengambil alih jawatan Datuk S. Sothinathan sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan Negeri Sembilan, katanya.

 

“Datuk S. Sothinathan dengan rela hati bersetuju untuk melepaskan jawatannya atas permintaan saya untuk memberi tumpuan pada peringkat kebangsaan,” kata Palanivel dalam kenyataan.

 

Selain itu, Datuk Rajoo Vyraperumal ialah pengerusi jawatankuasa perhubungan MIC Wilayah yang baharu menggantikan Datuk M. Saravanan.

 

“Juga akan berlaku perubahan dalam jawatankuasa perhubungan negeri-negeri yang akan diumumkan oleh pengerusi masing-masing,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.