Nik Aziz Akan Dibenarkan Pulang Jika Lebih Stabil

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak seminggu lalu dijangka dibenarkan pulang empat atau lima hari lagi.

 

Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata, ini berdasarkan permintaan bekas Menteri Besar itu sendiri yang meminta untuk berehat di rumah di Kampung Pulau Melaka dekat sini.

 

Beliau berkata, pihak doktor menunggu keadaan Nik Abdul Aziz lebih stabil sebelum dibenarkan pulang memandangkan organ dalaman bapanya termasuk paru-paru sudah terjejas.

 

“Ayah sebut dia nak balik, setakat ini dia stabil dan makin berselera makan, pagi ini pun dia menjalani proses rehabilitasi lagi atas katil.

 

“Dia berlatih duduk untuk betulkan kaki kerana sudah seminggu dia terbaring,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Latihan Pasti negeri di Kedai Buloh di sini hari ini. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.